3.7.09

apa mahu dalam hidup?

soalan ini timbul bila aku lihat rakan2 dah pakai kereta besar dan berpangkat besar. aku juga mahu seperti itu.

aku rasa, aku mahu;

pangkat tinggi, jadi seperti seorang bos yang banyak kuasa. bila dipandang orang takut. bila suruh orang buat kerja, hanya tunjuk kaki. orang pun tak berani melawan perintah ku. bila berjalan, semua orang kenal dan ampu, "bos semakin slim-lah".

aku juga mahu harta banyak! kereta mewah besar yang tak mampu dibeli orang pengusaha MLM. aku mungkin mahu hummer, atau BMW dua pintu, atau honda baru. bila di jalanraya semua kereta akan memandang. aku mahu duit banyak, agar aku boleh pergi ke serata dunia, lihat kebun limau di itali, berbasikal menyusuri kebun anggur di perancis, berguling2 di ladang lavender di korea dan berjalan perlahan2 di antara batas tulip di belanda. aku juga mahu rumah besar di atas bukit, yang mana anjungnya mengadap hutan hijau. bayangkan kamu bangun pagi2, tersedia kopi di meja, dengan permandangan pokok dan burung melompat2. apa lagi yang lebih hebat dari bau kopi dan udara segar?

dan gadis2 comel. putih gebu dengan skirt pendek. mata besar dan bibir mugil tunggu digigit. dan bayangkan begini, bila setiap pagi, kamu ingat kamu dah mati kerana bila buka saja mata, ada bidadari sedang tidur di sebelah. satu lagi permandangan indah!

atau aku mahu terus begini, menolak dunia, kerana yakin adanya hari pembalasan, yang akan mengira satu per satu setiap perbuatan ku. setiap sen masuk dan setiap sen keluar.

decartes kata, "pernahkah kamu dilihat hari kiamat? syurga? neraka?, jadi bagaimana kau tahu ianya wujud? rugi kamu kalau tolak semua ini".

aku jawab, "pernahkah kamu tengok hari esok? jika tak, mana kau tahu kau akan hidup esok? jual semua pelaburanmu dan habiskan semuanya hari ini".

aku rasa, biarlah aku terus begini.

26.6.09

kalau umno=komunis; PAS=ba..

pemuda umno kelantan buat aku marah bila repot kepada polis tentang tuduhan karut tok guru nik aziz terhadap UMNO. adakah patut dia kata umno itu macam komunis?

aku petik kata2 ketua Pemuda UMNO, Anuar Safian, dari malaysiakini, dia bertanya kepada semua rakyat malaysia yang bijak, "berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya?"

mana pernah umno bunuh orang, apatah lagi ulama'. memali tu bukan umno yang bunuh, tu polis. mana pernah umno bunuh ulama! tahanan politik semasa menentang itu Perikatan tu pun bukan kerja Umno, tu polis. tapi lihatlah! umno yang bebaskan mereka, walaupun masa tu dah separuh mati.

mana ada menteri umno rogol/perkosa orang. yang kat brickfield tu raba-raba, bukan perkosa. tu pun tak tau ka?

memang tok guru nik aziz ni tak reti. ayah pin dengan umno mana sama.geng ayah pin pakai baju BN, bukan Umno. tolong sikit,ye.



ingat ya tok guru, raba-raba, bukan rogol. memali syahid, bukan bunuh. ayah pin sokong BN, bukan Umno.

jadi, kalau umno=komunis, maka PAS=baa... ba apa yek?

habes.

24.6.09

matahari senja langkawi




gambar ni aku ambil di gerai laksa power, sebelah airport padang mat sirat. tapak bagus untuk nikmati matahari senja dengan murah dan makanan yang enak.



ini pula gambar dari verandah bilik aku. ok,lah- lebih kepada chalet. disebelah depan ada laut, dibelakang gunung mat chinchang. dan ditepinya tupai2 terbang dan kera.

19.6.09

kenapa kita perlukan politikus?



pernahkah kamu terpikir bertapa 'penting'nya makhluk berkerjaya politikus. bolehkah kita hidup tanpa mereka? berikut disenaraikan sebab2 kenapa kita perlukan politikus dalam kehidupan seharian.

1) sumber hiburan, badut2 adalah kilang ketawa yang bagus.

2) membuatkan kita bimbang. politikus akan membawa isu2 yang membuatkan kita lebih stres. barulah hidup mencabar!

3) politikus pandai berlakon, sebagai saingan kepada 'soap opera'.

4) memberi harapan yang bagus2. tak kisah lah betul atau tak, janji kita berkhayal dan 'hepi'.

5) politikus yang berwajah hodoh, memberi kita keyakinan untuk terus hidup. kita boleh saja kata, "orang burok macam tu pon boleh jadi MB terengganu, pastinya aku boleh buat lebih bagus!".

6) membuktikan kita tak bodoh. (ada orang yang lebih bodoh dari kita).

7) membikin undang2 untuk kita, tanpa kita paham dan kita tahu, walaupun kemudiannya kita dipaksakan untuk ikut tanpa rela.

8) sumber inspirasi kutukkan yang bagus. mudah kata, tempat lepas tekanan.

9) untuk rasmikan tandas awam, mesyuarat PIBG dan dewan orang ramai.

10)menyekat otak kita dari berkembang. kita biarkan badut2 ni buat undang2 dan dasar, cerita bermacam2 kegelisahan, kemudian memberi harapan dengan berbagai2 idea yang selalunya 'bodoh', dan merayu sambil menangis2 (dalam kes2 tertentu, tersembur air liur), minta dipercayai.

kesimpulannya, kita perlukan politikus untuk kita berhenti berpikir, dengan timbal balas yang sering kali menyusahkan kita.

salahkan politikus? tak.. salahkan diri anda!

14.6.09

mencari 'perubahan'

aku dok cari drama jepun bertajuk 'change' yang menceritakan tentang seorang guru sekolah biasa, dilantik menjadi perdana menteri.

aku harap cerita ni lebih bagus dari GTO yang sehingga kini menjadi sumber inspirasi utama dalam pergaulan dengan rakan2. (haha!)

sapa kenal tauke DVD yang ada cerita ni, bagitau aku. buat masa sekarang, aku nak pi seksyen 2, wangsa maju. mana tau kot2 ada...

10.6.09

kamu sokong BI dijadikan matapelajaran wajib lulus?

tapi aku takkan bagitau muhyidin perkara ini kerana tindakan itu akan menyokong aksi tak demokratik beliau.

mana boleh sesuka hati tanya rakyat, sapa setuju nak jadikan BI matapelajaran wajib, angkat tangan?

rakyat yang dongoi2 ni pun angkat la tangan. maka dari mata sembabnya, inilah cara paling demokratik. haha! ngok.

kenapa kamu nak pilih benda yang kamu tak tahu? mana kajian impak pelaksanaan dasar ini? mana kajian kaedah perlaksanaan sistem ini? nak buat macamana? nak buat bila? guru2 dah bersedia kah belum? pelajar luar bandar sudah sedia? kalau belum, apa caranya?

semua ini belum dibentangkan.

dan dongoi2 pun angkat tangan sokong dan bantah.

demokrasi para dongoi.

7.6.09

kenapa melayu PAS, PKR dan DAP lawan melayu UMNO?

ramai yang menentang usaha perbincangan PAS dengan umno, tak kurang juga yang bertanya, "apa salahnya jika untuk perpaduan melayu?".

atau mungkin juga yang mengharap kerajaan perpaduan ini dapat membina malaysia baru yang mana persaingan sihat akan berlaku untuk membuktikan parti mana yang lebih bagus dan parti mana yang retorik semata.

secara asasnya, memang perbincangan UMNO-pas adalah usaha yang baik, walaupun jika masih belum jelas hala tujunya. adakah untuk membina kerajan perpaduan? atau untuk menjatuhkan calon bukan melayu (tak kiralah, dari PR atau BN) untuk teruskan dominasi melayu dalam parlimen. mungkin saja,kan?

apabila diterangkan tentang kerajan perpaduan, namun fokus atau target negosiasi itu masih kabur. apa yang PAS mahu sebenarnya? cukupkah sekadar beberapa kerusi menteri berpotfolio penting dalam kabinet? yaaa... persoalannya, cukupkah dengan itu?

masalah Malaysia ialah masalah sistem. dari kepala PM, hingga ke kuku ketua cawangan UMNO bermasalah. dan malaysia, tanpa siapa pun boleh nafi, ialah negara UMNO, negara parti UMNO. jadi, jika PAS pikir dengan beberapa potfolio yang akan dipegangnya, dapat menyelesaikan masalah besar malaysia, aku sangat pesimis.

jadi apa yang diharapkan dengan kerajaan kerjasama ini?

yang paling lawak jenaka nya ialah bila PAS seolah2 membantu UMNO ketika dia sedang nazak. kenazakkan umno ini, diakui sendiri oleh pemimpin umno. bukan kita saja2 sebut. kenapa tidak terus berusaha bersama PR dan tamatkan terus nyawa umno yang mengkhianati rakyat selama ini, dan membina kerajaan baru, yang meneruskan usaha reformasi.-

jadi, persoalan 'kenapa nak wujudkan kerajaan perpaduan ini' dan 'kenapa nak tubuhkan ketika umno sedang nazak', adalah persoalan yang bagus untuk dijawab oleh PAS.

aku suka bayangkan bagaimana UMNO pulih selepas kerajaan perpaduan dan menikam PAS melalui SPR dan polis. owh, ini bukan dejavu, tapi sejarah.

selamat terhegeh2 mintak appoinment dengan khairy dan najib. sabar ya!